Awal minggu ini, Awani Borneo ada bawakan keluhan peniaga di Pasar Kraf Tangan Kota Kinabalu, yang mana perniagaan mereka tidak serancak dulu.<br /><br />Pembantu Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata pihaknya menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) giat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri itu.